Sahabat~~

Khamis, 22 Disember 2011

Mimpi Seekor Nyamuk

Perbualan seekor nyamuk dengan seekor belalang hijau.

Nyamuk : Aku bermimpi semalam.Aku bermimpi aku hisap darah segar kenyang-kenyang. Seronok sangat.
Belalang : Wah itu mimpi hebat.
Nyamuk : Ya, aku sangat gembira.

Belalang melihat perut nyamuk kempis.

keesokan hari...

Nyamuk : Aku bermimpi indah lagi semalam. Kali ini lebih hebat. Aku bermimpi, WHO telah mengharamkan penggunaan sebarang jenis ubat nyamuk sebab ia membawa kesan yang tidak baik untuk kesihatan. Wah, seronoknya, tak perlu lagi aku terbang lintang-pukang menyelamatkan diri setiap kali manusia guna ubat nyamuk.
Belalang : Ha..Ha..Ha.. Macam-macam mimpi kau. Aku ni tidur maati tiap-tiap malam.

Sang nyamuk tergelak gembira dan menari-nari.

Hari yang berikutnya....

Belalang : Kau bermimpi indah lagi? Tersenyum memanjang.
Nyamuk : Tepat tekaan kau tu. Aku bermimpi nyamuk diiktiraf sebagai serangga yang dipelihara dan tidak boleh dibunuh. Wah, indahnya hidup ini.

Sang belalang melihat lagi perut nyamuk. Makin kempis. Rupa-rupanya nyamuk masih tenggelam diulit mimpi.

Pengajaran : Ramai manusia hanya bermimpi dan berkhayal, namun hakikatnya tidak pernah melakukan apa-apa. Jangan jadi Muslim yang menyangka mereka telah cukup beramal sehingga berangan-angan pasti mendiami syurga, sebaliknya imbangilah amalan yang dilakukan dengan campuran dua ramuan: khauf (takut) dan raja' (harap)

Sumber: Majalah Solusi.

Bersamalah kita renung-renungkan cerita ini wahai sahabat, janganlah kita menjadi seperti sang nyamuk, yang suka berangan-angan sedangkan tidak berusaha.

Tiada ulasan: