Sahabat~~

Sabtu, 12 Mei 2012

Untukmu Muslimah

Assalamualaikum...Sahabat.
Sekadar perkongsian, entri ini saya copy-paste dari fb:Lukisan Dakwah Islam . Menarik untuk direnung bersama... ^__^

Buat Kaum Wanita
Jadilah wanita yang sederhana~
Jangan buat diri mudah digoda~
Oleh setiap pemuda-pemuda~
Dan jangan pula berasa suka~
Apabila diri digoda~

Tidak perlu mengejar populariti~
Semata ingin dipandang tinggi~
Sembunyikanlah kecantikan diri~
Biarlah tiada lelaki yang peduli~
Allah suka kepada wanita yang menyembunyi~
Kemuliaan & kecantikan diri~

Jagalah aurat mu~
Dari pandangan orang dsekelilingmu~
Tidak perlulah memburu~
Pandangan pemuda bagi melihatmu~
Tidak perlu berasa cemburu~
Apabila tiada siapa memandangmu~
Sesungguhnya itu satu penghormatan bagi dirimu~

Janganlah asyik mengejar cinta pemuda~
Cintailah kepada yang Esa~
Rasullullah, ibu serta bapa~
Elakan bercinta dimusim muda~
Tidak perlu bersedih jika kamu tidak berpunya~
Kerana jodoh ditangn Allah & tidak dapat diduga~
Kelak kamu akan temuinya pada bila2 masa~

Bukankah kamu tahu couple itu haram hukumnya~
Bercouple hanya untuk bersonok sahaja~
Tidak perlu mencari pemuda untuk bermanja~
Bagi meluah hati duka dan lara~
Kerana Allah kan selalu ada~
Bersama kita sepanjang masa~

Usahlah berasa cemburu atau kecewa~
Tatkala melihat teman brcouple dngn pasangannya~ 
Walaupun dikatakan memiliki pakwe yang setia~
Belum tentu akan terbinanya~
Rumah tangga yang kekal bahagia~
Untuk selama-lamanya~

Kelak apabila menjadi seorang isteri~
Jadilah isteri yang mentaati suami~
Dan selalu mencintai~
Yang maha Ilahi~
Memiliki jiwa yang murni~
Tidak suka menonjolkan diri~
Dengan kecantikan yang dimiliki~
Melainkan kpda suami yang dicintai~



Ahad, 6 Mei 2012

Meraih Cinta Allah



"Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu akan kecintaan-Mu dan kecintaan orang yang mencintai-Mu dan kecintaan amalan yang membawaku sampai kepada kecintaan-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah cinta kepada-Mu sesuatu yang sangat aku cintai."

Sabtu, 31 Mac 2012

Wanita Dan Kupu-kupu~~~


Kasihan kupu-kupu, badanya cantik dan mempersona tetapi kalau ditambah dengan kekuatan malam, ia bermaksud lain. Hakikatnya kupu-kupu bukan semuanya keluar malam. Sebilangan sahaja yang gemar ‘berpeleseran’ pada waktu hitam pekat, itupun kerana terpedaya oleh lampu di pinggiran jalan.

Kupu-kupu tetap indah, cantik dan menawan. Sebilangan besar kupu-kupu terbang pada waktu siang, hinggap pada bunga-bungaan, menghirup manisan yang tersembunyi di tengah-tenagh kelopok bunga. Kemudian kupu-kupu terbang lagi dan hinggap di dedaunan segar. Sesiapapun pasti melirik apabila terperasankan kelibat kupu-kupu melintasi, hati sesiapapun ingin memiliki keindahan, kecantikan dan keunikan di hujung jari. Tetapi sayap kupu-kupu mudah berderai, apabila sudah berderai, tiada siapa yang menginginkan, kupu-kupu pun terbiar.



Wahai wanita dan kupu-kupu, anda ada persamaan….

Wahai wanita dan kupu-kupu, anda tamsilan kepada keindahan…


Wahai wanita dan kupu-kupu, anda juga tamsilan kepada kerosokan dan kemusnahan..

Demikianlah wanita dijadikan Tuhan menghiasi bumi ini sebagaimana kupu-kupu dijadikan Tuhan untuk menghiasi bunga-bungaan. Tanpa wanita, dunia ini terasa sempit dan tidak seronok untuk didiami. Kaum lelaki berasa rimas sebagaimana Nabi Adam as pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada Tuhan agar dijadikan seorang teman. Agar boleh dia berbicara, bergurau senda dan membina sahsiahnya. Terciptalah Siti Hawa daripada tulang rusuk kiri Adam as. Barulah terisi jiwa Nabi Adam as dan segala kenikmatan syurga di sekelilingnya terasa wujud.


Ternyata wanita cukup perlu dalam kehidupan lelaki sebagaimana bunga amat perlu kepada suntingan kupu-kupu untuk merealisasikan proses pendebungaan. Tanpa permaisuri, siapalah lelaki yang bergelar raja itu, tanpa isteri siapalah lelaki yang bergelar suami itu, tanpa wanita siapalah yang mahu digelar pemimpin itu dan tanpa perempuan siapalah lelaki yang mahu digelar pemimpin itu dan tanpa perempuan siapalah maskulin yang konon mahu digelar ayah itu?

Tanpa Siti Khadijah barangkali Rasulullah saw tidak mendapat ‘dorongan’ yang amat diperlukan untuk terus bangun, berpegang teguh kepada keyakian dan menyebarkan Islam sebagaimana semestinya. Tanpa Aishah, barangkali banyak hadis Rasulullah saw tidak sampai kepada umat islam seluruhnya. Tanpa Fatimah az-Zahrah, barangkali Saidatina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulullah saw yang amat disayangi. Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa as tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur dan mengaku tuhan itu. Tanpa Mashitah, barangkali tidak tebukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut di depan matanya. Dan tanpa wanita, siapalah lelaki kerana setiap lelaki lahir daripada perut wanita.

Namun seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh as telah bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran. Seorang wanita di zaman permulaan islam sanggup melapah dada Saidina Hamzah dan menguyah hatinya. Seoarang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah saw dan dalam sejarah manusia sejagat ramai menjadi pendorong kepada kemaksiatan, kekufuran, kehancuran dan kemusnahan lelaki.

Alangkah besar dan pentingnya peranan wanita dalam kehidupan lelaki, sebagaimana besar dan pentingnya peranan kupu-kupu dalam menambah biakan bunga-bungaan dan menambah keceriaan bumi ini. Tetapi, alangkah besar dan hebatnya peranan wanita dalam merosakkan kehidupan lelaki, sebagaimana besar dan hebatnya peranan kupu-kupu merosakkan diri sendiri dengan menerjah api.


Sabtu, 24 Mac 2012

Cantik

Assalamualaikum WBT..

Sudah lama saya dan sahabat saya tidak mencoret atau berkongsi info di sini... Busy bukanlah alasan tapi pelbagai halangan yang sering berlaku, apabila ingin mencoretkan sesuatu. Semoga hari ini dipermudahkan oleh Allah SWT untuk saya berkongsi sesuatu dengan sahabat semua... Sudah lama ingin saya kongsikan, namun bila berada didepan laptop terus idea menghilang entah kemana... ^___^

"Cantik"
semua orang sukakan kecantikkan, tapi kecantikkan itu terlalu subjektif.

Ada orang kata bunga kertas itu cantik.

Ada orang kata bunga ros yang cantik.

Ada orang kata cantik itu letaknya pada rupa paras.

Ada orang kata cantik itu pada akhlaknya.

Ada orang kata cantik itu pada hatinya.

Apa pula kita kata ye???

"Aku nie tak cantik ke? Dalam ramai-ramai lelaki kat sini semuanya tak terpikat kat aku?"

"Kau tengok tue, perempuan tue lebih besar daripada aku tapi dapat pakwe hensem gila. Aku ini lebih cantik daripada dia tapi tak de orang nak."

Astagfirullah Al-azim.

Wahai puteriku, janganlah kamu sedih dan resah kerana belum mempunyai pasangan. Jodoh, ajal dan maut serta rezeki mu telah ditentukan oleh Allah SWT. Berdoa dan tawakallah kepada-Nya. Sekiranya sekarang kamu mempunyai pasangan belum tentu "si dia" menjadi suamimu merangkap IMAMMU kelak. Inginkah kamu hidup dalam kemaksiatan kerana cinta seorang lelaki yang tidak halal bagimu?

Wahai puteriku, memang cinta itu fitrah. Semua orang ingin dapatkannya. Ingin di cintai dan mencintai. Tapi cinta juga boleh jadi fitnah, kamu merindui orang yang tidak halal bagi dirimu.

Wahai puteriku,

"Sesungguhnya manusia diciptakan sebaik-baik kejadian."

Wahai puteriku, carilah cinta sejati yang kekal abadi. Dapatkanlah cinta-Nya, cinta yang terlalu agung tiada yang terlalu mencintai kita melainkan DIA.

Sekiranya sudi lawatilah link ini:

Alhamdulillah, akhirnya dapat jua ku coretkan apa yang terpendam selama ini. Walaupun tak seberapa. semoga ia memberi manfaat....InsyaAllah... ^__^





Sabtu, 7 Januari 2012

Jagalah Aurat

(sila klik pada gambar)



ps: sama-sama kita menjaga aurat, wahai muslimin dan muslimah..

Jumaat, 30 Disember 2011

Zinnirah: Wanita Buta Yang Celik Hatinya

Assalammualaikum sahabat...

Pada entri kali ni, saya akan berkongsi dengan kisah tokoh Serikandi Islam yang tabah dalam mempertahankan keimanannya walaupun mata menjadi taruhan. Saya sangat minat dengan lagu yang dinyayinkan oleh kumpulan Unic yang bertajuk Zinnirah. Jom sahabat kita susuri siapa zinnirah sebenarnya.



Mata Kasarnya Buta Tapi Mata Hatinya Celik.

Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternilai bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan. Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam mempertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah S.W.T

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.

Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada peringkat awak keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keIslamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meninggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.

Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah S.A.W dan agama Islam sebelum keIslamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.W. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalah rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.

"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.

Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.

WASSALAM..

p/s: sangat kagum dengan serikandi ISLAM dahulu, semoga diri ini dapat memcontohi tauladan beliau. Amin ya robbal alamin..

Selasa, 27 Disember 2011

Cinta Itu Bisu?




Assalammualaikum sahabat (' ',)


Pada entri kali ni, ada satu kisah cinta buat tatapan sahabat renung-renungkan ia. Semoga sama2 mendapat manfaatnya.


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka


Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?


Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!


Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.


Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!


Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya


Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"


Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.


Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu ia boleh dirasai dalam hati."


Wassalam...