Sahabat~~

Isnin, 22 Februari 2010

SEKADAR RENUNGAN

Pernah tak dalam hidup kita, kita ucapkan perkataan "IBU, SAYA SAYANG IBU." Pernah atau tak tanyalah diri kita sendiri. Tapi realitinya sukar untuk menyatakan perasaan suka atau sayang kepada seseorang. walaupun perkataan itu ringkas namun susah untuk diluahkan. Kadang-kadang kita fikir perkara itu tidaklah penting, cukuplah sekadar kita tunjukkan melalui kelakuan. Namun kita lupa 2 perkara tersebut adalah berbeza.

Pernah tak dalam hidup kita, kita tanya IBU kita "IBU, ADA TAK IBU TERASA HATI DENGAN SAYA." Kalau pernah apa jawapan yang IBU kita berikan. Mesti IBU kita cakap "TAK LAH, IBU TAK PERNAH TERASA HATI DENGAN KAMU." Betul tak?? Betul ke selama hidup kita, kita tak pernah buat IBU kita terasa hati?? Renung-renungkanlah.

Pernah tak dalam hidup kita, kita tanya IBU kita "IBU APA HARAPAN IBU TERHADAP SAYA." Jawapan IBU kita "IBU MAHU KAMU JADI SEORANG YANG BERJAYA, KAMU SENANG IBU RASA GEMBIRA" Betul tak?? Seorang IBU tak pernah mengharapkan apa-apa dari anak-anaknya kecuali melihat anak-anaknya berjaya.

Tapi INGATLAH redha ibu bapa beerti redha ALLAH SWT kepada kita, tak redha ibu bapa beerti tak redhalah ALLAH SWT kepada kita.

Rabu, 10 Februari 2010

Persahabatan itu unik dan menarik. Persahabatan menjadi jambatan kepada terjalin ukhwah antara manusia. Dan disebabkan persahabatan jugalah kami mencipta blog ini. Unik kan persahabatan kerana dapat merapatkan dua insan yang berlainan pendapat. Sebagai pengetahuan blog ini dicipta oleh kami berdua iaitu pink dan hurein agar tidak mengelirukan sesiapa yang menziarah blog kami. Nama diantara kami yang menulis akan kami letakkan di setiap post yang kami terbitkan.

Isnin, 8 Februari 2010

Rebutlah Peluang Yg Ada..

Assalammualaikum w.t.b..(Hurein)

Saya bru je blik dari kem insan cemerlang yg dianjurkan oleh PERMADARI.Apa yg sy ingin luahkan dan critakan dsini adalah tntag pengalaman yg bharga yg dapat dikutip sepanjang program tsebut blangsung.Sebelum itu,ingin sy tegaskan,rebutlah pluang yg ada ddpan mata kita dan jgn jdkan alasan untuk mendapatkannya,kelak nnti kita tlepas pluang yg sdah thidang ddpan mata.

Ok,tu bru intro,hehehe...sy bru je blik dr perak smlam.Rsa letih masih trasa dlm diri ini.Apa yg sy ingin critakan pngalaman sy mjadi PC(pemudah cara)di SMK.DATO.HJ HUSSEIN tlalu bnyak mberi impak kpd diri sy.Pertama kli mjd pc btauliah tselit jgk prasaan bgga dalam diri sy,tetapi bkn niat utk mbangga diri.Sy akui,cabaran mjadi pc sgt mcabar dan mberi bnyak input yg bharga dlm diri sy.

Di sana,kami dibahagikan kpd 1 group 2 org pc.Perasaan takut dan gementar tu mmg ada dlm diri kami smua,lbih2 lg mjd pc kpd pljar ting 6 yg bakal mduduki exam thn ni.Sikap ramah dan x malu btanya mmudahkan urusan kami,alhamdulillah...Niat sy hanya ingin mbantu adik2 yg lain utk bjaya dlm hidup mrk dan mgenalpasti hala tuju yg ingin dicapai.Sy mmg kagum dgn sikap yg ada dlm diri mrk.Mrk mletakkan harapn yg tinggi serta mpy kyakinan yg tinggi utk bjaya.Ia sdikt sbnyak mbri dorongan dan semangat kpd sy yg smakin lemah utk mcapai matlamat yg ingin dtuju.Terima kasih adik2.

Pd hri tsbut jg,hati sy trasa sayu bila mdengar lagu dndangan kump saujana iaitu teman sejati.Hati ini mmg sdih apabila mhayati bait2 lirik yg dnyayikan.Sy btanya dlm hati ini adakah "adakah aku mpy tman sejati yg sudi bkongsi ssh dan snang"?
"adakah aku mpy tman tbaik"?
"adakah aku sudi bkongsi smua prasaan yg ada dlm diri ini?"
"adakah aku tman yg tbaik kpd sahabatku"?
Tanya lah diri anda jg..renung2kan...

OK lah kte msuk scene lain plk.Mlm kdua adalah mlm yg x dapat dlupakan iaitu sy terpaksa blakon dan pada mlm yg sama tdapat xtvt muhasabah diri.Blakon mmg hancur,tp tu bkn topik yg ingin sy critakan ttapi topiknya adlh "Muhasabah Diri".Sy ingin btanya,brapa klikah kte mmuhasabah diri kte??Jwpannya x pasti kan?.Apabila drenungkan kmbali apakah yg prnah kte lakukan utk mbalas jasa ibu dan bapa kte?Bila mgenangkan ssah payah ibu kte mgandungkan kte slama 9 bulan,btarung antara
hidup@mati utk mlahirkan kte,isi perut yg tebal dicarik2 utk mgeluarkan kte bg mlihat bumi ALLAH S.W.T ini,pernahkah kte tfikir,apakah yg pernah kte berikan kpd ibu kte?adakah ia mcukupi?Bapa plk adalh insan yg btugkus lumus bkerja sharian bg mcari ssuap nasi,kdang2 jg tdapat pelbagai risiko yg tpaksa dtempuhi bg myara khidupan kte.Pernahkah kte tfikir@mhargai setiap titik kringt yg tlah dsumbangkan?Pernahkah kte mdoakan smoga diampunkan sgala dosa2 mrk,kbahagiaan mrk dunia dan akhirat?Jd berikan yg tbaik kpd mrk jika kte mahukan mrk gembira,sesungguhnya kejayaan x akn dtg tanpa KEBERKATAN Ibu Bapa.Mlm tsbut mmg mniggalkan ksan yg mdalam dlm diri ini.Apakah tidak,krn mlm sblum btolak ke kem ini sy mhadiri 2 msyuarat,telefon x bhnti bbunyi.Pmaggilnya adalah aboh sy.Apa yg sy bt?sy kte ada mting,nnti call blik,tp sy tlupa nk tel.Kli kdua,aboh sy call lg dikem plk,tp sy ckp xlleh ckp skrg sbb bz,nnti call blik,tp sy tlupa lg nk call.Slpas dngar ceramah ttng muhasabah diri,diri ini trasa kerdil,x thu nk gmbarkan diri ini mcn mana.Jahatkah?Derhakakah?@X sdar diri?
Kakak snior iaitu Rabiatul Adawiyah seindah nama dan peribadinya tlah bpesan dlm ceramahnya(bg yg tggal basingan dgn kluarga)"kwn2 pernahkah anda tel mak dan ayah wp skejap utk btanya khabar"?"adakah anda telefon hari2"?brapa krapkah anda tel"?2 hari skali?smiggu
skali@lbih dari itu.Pernahkah anda mberitahu btapa sygnya anda kpd mrk?berapa kerapkah anda mmeluk dan mcium mrk?Skrg nyahkan smua rasa malu tsbut,luahkan sgala yg tpendam ddlm hati anda,krana ajal dan maut di tngan TUHAN,kte x thu bla mrk akan prgi mniggalkan kte,jgn pula myesal dkmudian hari.Adakah apabila kte plng ke rumah kte janazah mrk yg mnanti?Sudah tntu tidak kan??Renung2kan.Alhamdulillah,td sy bru btanya khabar kdua2 ibu bapa sy dan mmohon maaf atas ksilapan yg tidak dsngajakn dlm bbrapa hari ini.Jgn jdkan alsan bz sbg modal.Sy akui stiap detik dan msa ksibukan mmg x prnah lari dlm khidupan kte,ttpi kte yg mnentukan sgalanya,kte sharusnya pandai mncuri masa yg ada.

Hish3...pnjang btul omongnya,hehehe...spnnjag program tsebut,ukhuwah yg tjalin diantara kami smua mmg x dapat dinafikan spt adik-bradik sndiri.Apa yg ingin dititipkan adalah,kte jgnlah mjd spt katak dbwah tmpurung,rebutlah peluang yg ada,luaskan pergaulan ttpi bkn scara sosial yg mlampaui batas,beri pluang kpd diri sndiri.Jika ingin lbih yakin, sertai lah program seumpama ini krn bnyak manfaat dan pengalaman yg tidak tnilai dpat dperoleh.

Sekian dr sy,wassalam..
Aja2 fighting!!!

Ahad, 7 Februari 2010

Saidina Umar Menangis Melihat Penderitaan Rasulullah SAW

Suatu hari Umar bin Khattab pergi ke rumah Rasulullah SAW. Ia mengelus dada ketika melihat Nabi ikutan dan pemimpin umat selama ini tidur berbaring di atas tikar usang. Nampak bekas jalur tikar itu pada tubuhnya. Dilihatnya almari, Umar hanya mendapati segantang gandum kasar, lain itu tidak.

Melihat penderitaan Rasulullah ini Umar menangis di hadapan Nabi. "Apa yang menyebabkan engkau menangis hai Umar." tanya Rasulullah. "Aku melihat para Kaisar dan Kisra dan raja-raja lain nikmat tidur di atas katil mewah beralaskan sutera, tetapi di sini aku melihat engkau tidur beralaskan tikar seperti ini." jawabnya. "Wahai Umar, tidaklah engkau sependapat denganku. Kita lebih suka memilih kebahagiaan akhirat sedang mereka memilih dunia." Hanya itu jawapan Rasulullah SAW.

Mendengar jawapan itu luluhlah hati Umar melihat kesederhanaan Nabi sebagai pemimpin dan ikutan umat, dan bertambah kepiluan di hatinya.

Jumaat, 5 Februari 2010

NiKmAt

Susahnya hidup kalau nikmat yg selama ini kita miliki tiba2 ditarik buat seketika... Terasa sukarnya untuk hidup ini.. Tapi hakikatnya kita diuji...

Khamis, 4 Februari 2010

Sedang Berfikir.....

Masa dalam kelas pagi tadi tertarik ngan cerita lecturer...isunya mat rempit.. lecturer kata masa zaman beliau dah ada mat rempit cuma mat rempit 2 x lah cam zaman sekarang yang lagaknya semacam, menakutkan dan membahayakan nyawa orang.... lau zaman dulu mana lah ada 'whelie' motor macam zaman sekarang sebab zaman dulu mana ada jalan raya. Pada masa 2 yang ada motor pun leh bilang je berapa orang x macam zaman sekarang majoriti remaja ada motor....
Bila difikir-fikirkan betul gak apa yang berlaku pada masa kini adalah pernah berlaku pada masa lalu tp situasi yang membezakannya...ingat kata-kata seorang ustaz masa sekolah dulu "kalau awak nak tau zaman sekarang dengan zaman dulu sama je.. cuma bezanya orang yang mengalami dan situasinya saja" nak2 zaman sekarang merupakan zaman moden maka canggihlah juga masalah yang datang....

Rabu, 3 Februari 2010

~~~~~mUhAsAbAh cInTa~~~~~


Wahai Pemilik Nyawaku

Betapa Lemah Diriku Ini

Berat Ujian Dari-Mu

Ku Pasrahkan Semua Pada-Mu

Tuhan Baru Ku Sedar

Indah Nikmat Sihat Itu

Tak Pandai Aku Bersyukur

Kini Kuharapkan Cinta-Mu

Kata-kata Cinta Terucap Indah

Mengalir Berzikir Dikidung Doaku

Sakit Yang Ku Rasa

Biar Jadi Penawar Dosaku

Butir-butir Cinta Airmataku

Teringat Semua Yang Kau Beri Untukku

Ampuni Khilaf Dan Salah Selama Ini

Ya ILAHI

Muhasabah Cintaku

Tuhan....Kuatkan Aku

Lindungiku Dari Putus Asa

Jika Ku Harus Mati

Pertemukan Aku Dengan-Mu

PeNaNtIaN 1 PeNyEkSa??????

salam......
betul ke penantian itu 1 penyeksaan????? ntah lah aku pun xpasti.... tp bagi aku ada betulnya dan dalam masa yang sama sebenarnya 'penantian' itu hendak menguji kesabaran kita... normallah sebagai manusia kita akan rasa menyampah bila menanti sesuatu yang belum pasti, nak-nak perkara itu adalah janji dari seseorang.... Tapi sedarkah kita sebenarnya, situasi tersebut sebenarnya menguji tahap kesabaran kita, dari situ lah kita akan tahu dimana tahap kesabaran kita.