Sahabat~~

Sabtu, 27 Mac 2010

sekiranya.....jika....begitulah.....

Sekiranya kamu di cintai oleh seseorang
yang tidak kamu cintai,
anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu,
tetapi kembalikan penghormatan itu
dengan cara ikhlas dan jujur,
jangan kamu ambil kesempatan
dan janganlah melukakan.

Jika kamu memancing ikan,
setelah ikan itu terlekat,
di mata kail hendaklah kamu,
mengambil terus ikan itu.
jangan sesekali kamu lepaskan ia semula
ke dalam air sebegitu sahaja
kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu
dan mungkin ia akan menderita
selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu
memberi banyak penghargaan
kepada seseorang,
setelah ia mula menyayangi mu
hendaklah kamu menjaga hatinya
janganlah sesekali
kamu terus meninggalkannya begitu sahaja
kerana ia akan terluka
oleh kenangan bersamamu
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya
selagi dia mengingati mu....

Selasa, 23 Mac 2010

Jika ia sebuah CINTA.

Jika ia sebuah cinta,
ia tidak mendengar......
namun sentiasa bergetar.

Jika ia sebuah cinta,
ia tidak buta...
namun sentiasa melihat dan merasa.

Jika ia sebuah cinta,
ia tidak menyeksa....
namun sentiasa menguji.

Jika ia sebuah cinta,
ia tidak memaksa....
namun sentiasa berusaha.

Jika ia sebuah cinta,
ia tidak cantik.....
namun sentiasa menarik.

Jika ia sebuah cinta,
ia tidak datang dengan kata-kata....
namun sentiasa menghampiri dengan hati.

Jika ia sebuah cinta,
ia tidak terucap dengan kata....
namun sentiasa hadir dengan sinar mata.

Jika ia sebuah cinta,
ia tidak hanya berjanji....
namun sentiasa cuba memenangi.

Jika ia sebuah cinta,
ia mungkin tidak suci....
namun sentiasa harmoni.

Jika ia sebuah cinta,
ia tidak hadir kerana permintaan....
namun hadir kerana ketentuan.

Jika ia sebuah cinta,
ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan....
namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.

Ahad, 21 Mac 2010

Mata dan Kata-kata

JiKa hAnYa rEnUnGaN mAtA
yAnG bErSuArA
bUkAn tUtUr KaTa
TiAdA lAgI eRtInYa pEnGuCaPaN
AnDaI AkHiR nAfAs Di HuJuNg HeLaAn
SeBeLuM MaTa RaPaT TeRpEJaM
UsAh BiAr KeHiLaNgAn
MeNgGaNtIkAn LaFaZ yAnG tErsImPaN

Sabtu, 20 Mac 2010

Kisah Dan Teladan.

Assalammualaikum w.t.b (Hurein)

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih dan disambut baik oleh anaknya yang berusia7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah. . boleh Amin tanya satusoalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam dipejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-sebuk nak tanya?

Si ayah mula menengking.Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam dipejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?

Jerkah ayahnya lagi.Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgitdari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, ituke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah?Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya..Sudah, pergi masuk bilik..tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur."Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah..Ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah.
Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang."Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan. ....

"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu.Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit..Nah..ayah ambil duit ni.Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu.Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."

Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

"Jika HATI sejernih AIR, jangan biar ia KERUH.Jika HATI seputih AWAN,jangan biar ia MENDUNG. "

Rabu, 10 Mac 2010

Jadilah Pengajaran Buat Muslimah..

Assalammualaikum w.t.b (Hurein)
Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak?Malam tu ibu ada janji temu.Ibu jumpa jejaka tu,Ibu kata dia cintakan ibu
Benarkah bu?
Dia puji dan puja ibu.Dia rayu dan belai ibu,Katanya cintanya hanya untuk ibu
Benarkah bu?
Ibu terkhayal dengan pujukannya,Ibu terbuai dalam bicaranya,Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?
Ibu tak kisah dia peluk ibu,Ibu izin dia sentuh jasad ibu,Ibu puas dapat buktikan setia ibu,Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?
Masa berlalu,Hari ini lepas 9 bulan...Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil.Hari ini buah cinta kalian telah terzahir,Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...tapi benarkah bu?
Kenapa dia tidak sama menyambut kami?Ke mana dia telah pergi tidak azankan kami?Mengapa ibu pun benci kami?Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?
Mengapa ibu?
Tak terasakah sakit dan perit tak berbakikah kasih dan sayang dan Tidak lagi kah ibu berTuhan?
Benarkah ibu?
Benarkah begitu?
adik cuma nak tanya je bu.....

Selasa, 9 Mac 2010

Murabbi Cinta, Seorang Nabi...

Assalammualaikum w.t.b (Hurein)

“Kepalaku!” kata Aisyah.

Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan Aisyah radhiyallaahu ‘anha baru sahaja pulang daripada menziarahi perkuburan al-Baqi’ lewat malam tadi.
Kepala Aisyah sakit berdenyut-denyut.
Baginda menyedarinya.

“Bahkan kepalaku juga wahai Aisyah. Oh kepalaku!” kata Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Jika suami pening, tangan isteri yang memicit banyak mendatangkan rasa lega.
Jika isteri yang sakit, belaian seorang suami adalah penyembuh paling berharga.

Tetapi di malam itu kedua-duanya sakit. Kepala mereka berat.
“Janganlah engkau bersusah hati wahai Aisyah. Seandainya engkau mati sebelumku, nescaya aku akan menyempurnakan urusanmu. Aku akan mandikan dikau, kukafankan dirimu dan akan kudirikan solat buatmu serta engkau akan kukebumikan!!”, usik sang suami.
“Demi Allah, aku rasa kalau begitulah kisahnya pasti selepas itu engkau akan pulang ke rumahku dan berpesta gembira dengan isteri-isterimu yang masih hidup!” si isteri tersentak dengan gurauan sang suami.
Merajuk.

Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam ketawa.
Dalam sakit yang luar biasa itu, baginda masih suami yang hangat dengan mawaddah. Sakitnya tidak menjadikan beliau keluh kesah. Sempat pula mengusik isteri yang tidak tentu rasa.

SAKIT YANG BERTAMBAH

Malam itu berlalu dengan sakit yang tidak beransur kurang.
Kesakitan itu memuncak semasa Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam memenuhi giliran Baginda di rumah isterinya, Maimunah radhiyallaahu ‘anha. Bukan sakit yang sembarangan. Ia sakit yang menjadi kemabukan sebuah kematian. Sakaraat al-Maut!
“Esok aku di mana? Esok aku di mana?” Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bertanya.

Dalam sakit yang bersangatan, Baginda masih ’sedar’ akan tanggungjawab dirinya berlaku adil kepada para isteri.
Itulah ukuran adil seorang mukmin terhadap isteri-isterinya. Mengusahakan segala tenaga yang berbaki untuk tidak memalit zalim dalam melunaskan amanah sebagai seorang suami. Tidak mengambil mudah hanya dengan alasan yang remeh temeh untuk melebihkan seorang isteri berbanding yang lain.

Itulah juga ukiran makna bagi sebuah Mawaddah. Cinta yang bertambah hasil kesungguhan mengatasi ujian dan musibah.
Namun di situlah terselitnya Rahmah. Sifat belas ihsan yang terbit daripada hati yang mengasihi.
“Izinkan aku berhenti bergilir dengan menetap di rumah Aisyah” Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam meminta izin daripada para isterinya.

Siapakah yang pernah membantah permintaan seorang Rasul. Namun Baginda tetap meminta izin kerana keizinan itu hakikatnya kekal bagian seorang isteri. Tiada isteri yang dipinggirkan. Hak masing-masing dihormati. Andaikata seorang Rasul boleh meminta izin menahan giliran daripada isteri Baginda, bagaimana mungkin seorang suami menjadi angkuh mempertahankan haknya di hadapan isteri atau isteri-isterinya?

Isnin, 8 Mac 2010

SiApa kUcINg MaLaNg ItU???

Assalammualaikum w.t.b (Hurein)

“Meoww!!!” seekor kucing menjerit kesakitan.Malam itu malam yang malang buat si kucing. Dia tidur dengan kesakitan dan kemarahan. Perutnya senak disepak tanpa hujung pangkalnya.“Apa salah aku?” menung si kucing di balik almari.PETANG ITU“Kenapa awak lewat fakskan dokumen tersebut?” tanya seorang CEO kepada setiausahanya.“Err, Pengurus Jualan lewat menyerahkannya kepada saya” jawab beliau. Terketar-ketar.“Ahhh! Macam-macam alasan awak. Saya bosan mendengarnya. Pergi semula kepada Pengurus Jualan dan betulkan dokumen tersebut. Sudahlah lewat. Salah pula tu!” bentak bos besar.Marah sungguh.Setiausahanya dengan muka yang merah padam meninggalkan pejabat beliau menuju kepada Pengurus Jualan.“Itulah tuan! Tuan yang lewat serahkan dokumen tersebut, saya pula yang kena marah. Dokumen salah pula tu!” kata Setiausaha CEO tersebut.Pengurus Jualan terkejut.“Awak kalau nak berurusan dengan saya, ketuk pintu dahulu. Itu pun awak tak tahu ke?” Pengurus Jualan meninggikan suara.“Ahhh! Sudahlah. Ketuk pintu ke, tak ketuk pintu ke, Tuan tetap lewat serahkan semuanya kepada saya. Ambil dokumen ini dan betulkan semula!” Setiausaha CEO menghempas segenggam dokumen itu ke meja.Beliau terus meninggalkan Pengurus Jualan.Sama-sama marah.Petang itu sungguh tercemar bagi Pengurus Jualan. Geram dengan sikap Setiausaha CEO yang tidak tahu berbudi bahasa. Geram dan marah dirinya diburukkan lagi oleh kesesakan jalanraya luar biasa.“Aduh! Sempatkah aku kejar siaran Berita malam ini?” Pengurus Jualan sudah bengang.Kemungkinan besar beliau tidak sempat melihat siaran temuramah siaran Berita TV10 dengannya siang tadi. Tiba di rumah, jam sudah mencecah 8:30 malam. Sebaik sahaja beliau melangkah masuk ke rumah, isterinya dengan wajah berkerut di dahi menunggu di ruang tamu.“Kenapa dengan awak?” tanya Pengurus Jualan kepada isterinya.“Abang pakai baju comot sangat di televisyen tadi. Kawan saya telefon. Katanya saya tak jaga makan pakai suami!” kata sang isteri yang sebenarnya mahu bergurau dengan suami.“Ahhh! Aku banyak masalah, itu pula yang disibukkannya! Makan malam dah siap ke???” tengking si suami yang sedang baran.Si isteri sangat terkejut dengan amarah suaminya malam itu. Niat asal mahu bergurau berubah menjadi musibah. Tanpa banyak bicara beliau segera menuju ke dapur.“Mama, tengok lukisan Adam! Cantik tak?” tiba-tiba si anak muncul di dapur dengan sekeping lukisan di tangan.“Ahhh, sibuk sahaja kamu ni. Lukisan, lukisan, lukisan. Menghabiskan kertas A4 sahaja. Pergi naik atas buat kerja sekolah!” si ibu menengking anaknya.Adam sungguh terkejut. Tidak sangka lukisannya berakhir dengan kemarahan si ibu.Tiba-tiba kucing kesayangannya datang menggosok-gosokkan badan di kaki Adam.“Meowww!!!” kucing itu menjerit.Adam menyepak si kucing dengan penuh kemarahan.Soalannya, siapakah sebenarnya yang menyepak si kucing malang itu?Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu berkata, seorang lelaki datang kepada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan meminta wasiat (nasihat) daripada Baginda. Lalu Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:“Janganlah kamu marah! (Baginda mengulangnya beberapa kali dengan pesan yang sama: Janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah!” [Hadith riwayat al-Bukhari]Besarlah pahala suami, isteri, anak, malah majikan, atau setiausahanya yang berjaya memberhentikan musibah berantai ini.