Sahabat~~

Sabtu, 16 April 2011

WARKAH BUAT SAHABATKU....


Hati ini terdetik secara tiba2 untuk mengisi ruangan coretan ini dengan tajuk warkah buat sahabat apabila terasa kerdilnya diri ini yg tidak mgetahui pekara yg sgt pnting ttg sahabat pling pnting disisi ana.Warkah buat sahabat ini adalah kiriman sorg sahabat kepada ana.Sama2 kita renungkan coretan ini.Sorg sahabat yg rpat dgn ana prnah bkata,dia rela mempunyai ana shja sbg shabt sejatinya didunia ini,tp adakah ana layak utknya,jika hnya dia sorg megenali diri ana ttapi ana tidak begitu mengenali peribadinya dgn lbh detail. ALLAH malunya diri ini ingin mgaku sbg sahabat sejatinya..

Semoga coretan Warkah Buat Sahabat ini dpt menilai sejauhmanakah kedudukan kita sbg sahabat kpd sahabat.....



Sahabatku, buah hatiku…
Dengarkan bicaraku,
Jangan biarkan aku didepanmu,
Aku takut aku terlalu laju,
Jangan tinggalkan aku dibelakangmu,
Aku bimbang engkaukan terus berlalu..
Tetapi,
Berjalanlah disebelahku,
Andai aku terkedepan,
Engkau akan menarikku,
Andai engkau terkebelakang,
Aku akan memimpinmu..

Sahabatku, sukaku dukaku…
Engkau pernah berbicara,
Adakalanya kita harus menangis,
Agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa,
Dan, adakalanya..
Kita harus ketawa,
Agar kita tahu mahalnya harga setitis air mata..
Tetapi, duhai buah hatiku,
Aku pernah terbaca,
Andai kita tahu,
Betapa sengsaranya hari muka,
Maka kita tidak punya masa lagi,
Untuk terus tertawa..

Sahabatku, tawaku air mataku…
Andai satu hari nanti,
Aku terlupa,
Aku benar mengharap,
Antara orang yang akan mengingatkan aku,
Adalah kamu…
Dan,
Kiranya satu hari nanti engkau terleka,
Izinkan antara orang yang menegurmu adalah aku…

Sahabatku, rinduku dendamku…
Andai takdirnya aku pergi dahulu,
Aku mengharap,
Antara mereka yang sedih pemergianku,
Adalah kamu..
Antara mereka yang tersenyum teringatkan bicaraku,
Adalah kamu..
Antara mereka yang kirimkan aku bacaan sedekah,
Adalah kamu..
Itulah buktinya engkau jua merinduiku sebagaimana aku,
Kerana,
Andai ketentunNYA engkau lena dahulu,
Antara mereka yang terasa kehilangan sahabat sebaikmu
Adalah aku……..

Tiada ulasan: