Sahabat~~

Selasa, 11 Januari 2011

Syaitan Mengejutnya untuk Solat

Suatu hari, akibat keletihan yang amat sangat Syeikh Abdul Qadir al-Jailani hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh hampir tiba.
Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir.
Syeikh Abdul Qadir pun terbangun. Mujur waktu subuh baru sahaja masuk. Dalam pandangan mata hatinya Syeikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu.
"Mengapa kau kejutkan aku untuk solat subuh, padahal kau amat benci kepada orang yang solat?"
"Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun subuh."jawab syaitan.
Kehairanan, Syeikh Abdul Qadir lalu bertanya, "Kenapa?"
Syaitan menjawab kerana dia takut kepada orang yang takutkan Allah.
"Aku takut jika kau terlewat untuk solat subuh, kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan-amalan yang lain yang lebih banyak dan lebih serius," kata syaitan.
Tambahan syaitan itu lagi, "Kau akan bersedekah. Kau akan membantu orang lain. Kau akan membaca al-Quran untuk menampung kesalahanmu yang sedikit. Dengan itu nanti, aku dan kawan-kawanku pula akan bertambah susah. Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar. Jadi, lebih baik kamu solat subuh tepat pada waktunya, dan kami tidak akan terpaksa menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu nanti."


Pengajaran:Begitulah kreatif dan inovatifnya syaitan dalam menyekat manusia. Dia bukan sahaja arif tentang amalan baik dan jahat tetapi dia juga arif tentang keutamaan amal.

*Renung-renungkanlah....

(petikan dari majalah SOLUSI)

Tiada ulasan: