Sahabat~~

Ahad, 18 April 2010

Lima Perkara

Ibnu Abbas berkata, "ada 5 perkara yang lebih aku sukai lebih drpd kuda yang sudah siap untuk ditunggangi:

1- Jgn engkau berkata-kata perkara yang tidak penting. Perbuatan demikian adalah keterlaluan, dan engkau tidak aman drpd dosa. Jgn berkata perkara yang tidak penting bagi engkau mendapat tempat yang sesuai utk mengucapkan kata-kata itu. Ini kerana selalunya orang yang berkata sesuatu yang penting tidak pada tempatnya, dia akan mendapat susah.

2- Jgn bertengkar dgn org yg lemah dan bodoh. Ini kerana orang yang lemah itu akan marah dalam hatinya dan orang yang bodoh akan menyakiti engkau dengan lidahnya.

3- Sebut nama temanmu apabila dia jauh dari engkau dengan kata-kata yang engkau tahu akan gembirakannya.

4- Bergaul dengan sahabat yang engkau tahu akan menyukakan dia.

5- Lakukan perbuatan yang memang diketahui akan dibalas dengan kebaikan.

Tiada ulasan: