Sahabat~~

Isnin, 22 Februari 2010

SEKADAR RENUNGAN

Pernah tak dalam hidup kita, kita ucapkan perkataan "IBU, SAYA SAYANG IBU." Pernah atau tak tanyalah diri kita sendiri. Tapi realitinya sukar untuk menyatakan perasaan suka atau sayang kepada seseorang. walaupun perkataan itu ringkas namun susah untuk diluahkan. Kadang-kadang kita fikir perkara itu tidaklah penting, cukuplah sekadar kita tunjukkan melalui kelakuan. Namun kita lupa 2 perkara tersebut adalah berbeza.

Pernah tak dalam hidup kita, kita tanya IBU kita "IBU, ADA TAK IBU TERASA HATI DENGAN SAYA." Kalau pernah apa jawapan yang IBU kita berikan. Mesti IBU kita cakap "TAK LAH, IBU TAK PERNAH TERASA HATI DENGAN KAMU." Betul tak?? Betul ke selama hidup kita, kita tak pernah buat IBU kita terasa hati?? Renung-renungkanlah.

Pernah tak dalam hidup kita, kita tanya IBU kita "IBU APA HARAPAN IBU TERHADAP SAYA." Jawapan IBU kita "IBU MAHU KAMU JADI SEORANG YANG BERJAYA, KAMU SENANG IBU RASA GEMBIRA" Betul tak?? Seorang IBU tak pernah mengharapkan apa-apa dari anak-anaknya kecuali melihat anak-anaknya berjaya.

Tapi INGATLAH redha ibu bapa beerti redha ALLAH SWT kepada kita, tak redha ibu bapa beerti tak redhalah ALLAH SWT kepada kita.

Tiada ulasan: