Sahabat~~

Ahad, 10 Oktober 2010

Teguran Itu Penting Dalam Kehidupan

"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."

Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah.

Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan Meroboh

Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang memerlukan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.

Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya.

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.

Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?

Ingat..

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

Sabtu, 9 Oktober 2010

Manfaat Berjilbab(BERTUDUNG SEPENUHNYA)

Manfaat Berjilbab(BERTUDUNG SEPENUHNYA) jika ANDA masih belum MENGAMALKANNYA-kaitan ISLAM dan SAINS

Tahukah anda?Zaman sekarang lebih teruk berbanding zaman Jahiliyah dulu?Mengapa saya berkata sedemikian?Kerana zaman Jahiliyah dulu,semua wanita berpakaian Jilbab....Apa kaitannya zaman sekarang?zaman sekarang semua wanita tidak berpakaian jilbab DAN ada juga yang berpakaian jilbab tetapi tidak menutup sepenuhnya...Tidakkah anda perasan,terlalu banyak penyakit kulit menimpa orang yang mendedahkan aurat terutama wanita di Amerika Syarikat yang sudah tidak menutup aurat sepenuhnya???Mereka sehingga mengamalkan krim-krim kononnya mampu menangani masalah mereka TETAPI MEREKA LUPA UNTUK MENUTUP AURAT SEPENUHNYA...MEREKA LUPA UNTUK MENGENAKAN PAKAIAN YANG TEBAL-TEBAL.....Kerana itulah mereka sentiasa mendapat pelbagai penyakit dan penyakit itu berleluasa kepada cucu cicit mereka..

Allah memerintahkan sesuatu pasti ada manfaatnya untuk kebaikan manusia sejagat.Sudah tentu setiap yang benar-benar manfaat dan dilaksanakan sepunuhnya dalam kehidupan seseorang, sudah tentu perlu mengikut apa yang disyariatkan atau diperintahkan oleh-Nya. Antara perintah Allah s.w.t itu adalah berjilbab bagi wanita muslimah. Berikut ini beberapa manfaat berjilbab menurut Islam dan ilmu pengetahuan.

1. Selamat dari azab Allah s.w.t (azab neraka)

“Ada dua macam penghuni Neraka yang tak pernah kulihat sebelumnya; sekelompok lelaki yang memegang cemeti laksana ekor sapi, mereka mencambuk manusia dengannya. Dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang, sesat dan menyesatkan, yang dikepala mereka ada sesuatu mirip punuk unta. Mereka (wanita-wanita seperti ini) tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya. Sedangkan bau syurga itu tercium dari jarak yang jauh” (HR. Muslim).

Imam An-Nawawi rahimahullah menjelaskan bahwa yang dimaksud dengan “Wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang” ialah mereka yang menutup sebahagian tubuhnya dan menampakkan sebagian lainnya dengan maksud menunjukkan kecantikannya dan inginkan perhatian di khalayak ramai…Saya ULANGI AYAT INI…“Wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang” ialah mereka yang menutup sebahagian tubuhnya dan menampakkan sebahagian lainnya dengan maksud menunjukkan kecantikannya DAN menaikkan nafsu secara sulit kepada orang yang berada di sekelilingnya.

2. Terhindar dari masalah MAKSIAT

Banyaknya maksiat terhadap kaum wanita adalah akibat tingkah laku mereka sendiri. Kerana wanita merupakan fitnah (godaan) terbesar. Sebagaiman sabda Nabi Muhammad s.a.w, “Sepeninggalanku nanti,tidak akan wujud fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita.” (HR. Bukhari)Jikalau wanita pada zaman Rasul merupakan fitnah terbesar bagi lelaki padahal wanita pada zaman ini konsisten terhadap jilbab mereka dan tak banyak lelaki jahat saat itu, maka bagaimana wanita pada zaman sekarang??? Tentunya akan menjadi target masalah ini. Hal ini telah terbukti dengan tingginya masalah di negara-negara Eropah (wanitanya tidak berjilbab).Sudahkah anda lupa,Amerika Syarikat misalnya,setiap hari,terlalu banyak kes-kes jenayah sehingga akhbar tempatan Negara tersebut sudah bosan menulis berita perkara yang sama,tetapi nama penjenayah yang berbeza setiap hari.

3. Memelihara kecemburuan lelaki

Sifat cemburu adalah sifat yang telah Allah s.w.t tanamkan kepada hati lelaki agar lebih menjaga harga diri wanita yang menjadi mahramnya. Cemburu merupakan sifat terpuji dalam Islam.“Allah itu cemburu dan orang beriman juga cemburu. Kecemburuan Allah adalah apabila seorang mukmin menghampiri apa yang diharamkan-Nya.” (HR. Muslim)Bila jilbab ditanggalkan, rasa cemburu lelaki akan hilang. Sehingga jika terjadi masalah maksiat tidak ada yang akan membela wanita yang TIDAK BERJILBAB SEPENUHNYA.Perlukah saya buktikan???Buktinya,lihatlah pada artis-artis yang anda puja selama ini,mereka sering menghadapi konflik rumah tangga kan???kerana mereka suka mendedahkan diri di khalayak ramai dan suka menayangkan bentuk tubuh mereka.Seksilah kononnya...INGATLAH!!!Hari ini anda SEKSI(tidak menutup sepenuhnya bentuk tubuh anda),tetapi pada hari perhitungan anda bakal menerima SEKSANYA.....

4. Wanita BERJILBAB umpama biadadari syurga

Dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang menundukkan pandangannya, mereka tak pernah disentuh seorang manusia atau jin pun sebelumnya(masih suci dan kekal dara).” (QS. Ar-Rahman: 56)

“Mereka laksana permata yakut dan marjan.” (QS. Ar-Rahman: 58)

“Mereka laksana telur yang tersimpan rapi(tidak pernah diganggu oleh sesiapa pun).” (QS. Ash-Shaffaat: 49)

Dengan berjilbab, wanita akan memiliki sifat seperti bidadari syurga iaitu menundukkan pandangan, tak pernah disentuh oleh yang bukan mahramnya, yang sentiasa di rumah untuk menjaga kehormatan diri. Wanita inilah merupakan perhiasan yang amatlah berharga.Dengan berjilbab, wanita akan memiliki sifat seperti bidadari syurga...Anda tidak mahu ini semua??kerana apa???

5. Mencegah penyakit kanser kulit

Kanser adalah sekumpulan penyakit yang menyebabkan sebahagian sel tubuh berubah sifatnya. Kanser kulit adalah tumor-tumor yang terbentuk akibat kekacauan dalam sel yang disebabkan oleh penyinaran cahaya, zat-zat kimia, dan sebagainya.Penelitian kajian menunjukkan kanser kulit biasanya disebabkan oleh sinar Ultra Violet (UV) yang menyinari wajah, leher, tangan, dan kaki. Kanser ini banyak menyerang orang berkulit putih, sebab kulit putih lebih mudah terbakar matahari.Wanita memiliki daya tahan tubuh lebih rendah daripada laki-laki. Oleh itu, wanita lebih mudah terserang penyakit khususnya kanser kulit.Disebabkan itu, cara untuk melindungi tubuh dari kanser kulit adalah dengan menutup kulit. Salah satunya dengan berjilbab. Karena dengan berjilbab, kita melindungi kulit kita dari sinar UV. Melindungi tubuh bukan dengan memakai kerudung gaul dan baju ketat. Kenapa? Karena hal itu percuma saja. Karena sinar UV boleh menembus pakaian yang ketat apatah lagi pakaian yang jarang. Berjilbab disini haruslah sesuai kriteria jilbab iaitu pakaian yang tebal dan menutup seluruh bentuk tubuh anda.

6. Melambatkan gejala penuaan

Penuaan adalah proses semula jadi yang sudah pasti dialami oleh semua orang iaitu lambatnya proses pertumbuhan dan pembelahan sel-sel dalam tubuh. Gejala-gejala penuaan antara lain adalah rambut memutih, kulit keriput, dan lain-lain.Penyebab utama gejala penuaan adalah sinar matahari. Sinar matahari memang penting bagi pembentukan vitamin D yang berperanan penting terhadap kesihatan kulit. Namun, secara ilmiah dapat dijelaskan bahawa sinar matahari merangsang melanosit (sel-sel melanin) untuk mengeluarkan melanin, akibatnya rosaklah jaringan kolagen dan elastin. Jaringan kolagen dan elastin berperanan penting dalam menjaga keindahan dan kelenturan kulit.Jilbab adalah kewajiban untuk setiap muslimah.Krim-krim pelindung kulit pun tidak mampu melindungi kulit secara total dari sinar matahari. Sehingga dianjurkan untuk melindungi tubuh dengan jilbab.Jilbab adalah kewajiban untuk setiap muslimah. Dan jilbab pun memiliki manfaat. Ternyata bukan sekadar membawa manfaat ukhrawi namun banyak juga manfaat duniawinya. Jilbab bukan hanya sekadar menjaga iman dan takwa pemakainya, namun juga membuat kulit terlindung dari penyakit kanser dan proses penuaan.Perhatikan ayat ini betul-betul….Ternyata jilbab bukan sekadar membawa manfaat ukhrawi namun banyak juga manfaat duniawinya.Jilbab bukan hanya sekadar menjaga iman dan takwa pemakainya, namun juga membuat kulit terlindung dari penyakit kanser dan proses penuaan.Demikianlah Allah memberi kasih sayangnya kepada wanita melalui syariat islam yang sempurna.



P/s: kisah ini di copy dari FB

Sabtu, 2 Oktober 2010

Star Five-Satu Cinta


Ku memohon dalam sujudku padaMu

Ampunkanlah segala dosa dalam diri

Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku...
Keimananku...

Ku memohon dalam sujudku padaMu

Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku...
Keimananku...

Engkau satu cinta

Yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya padaMu
Ku pasrahkan...

Oh Tuhan...

selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia


Rabu, 29 September 2010

RENUNGAN BERSAMA

Hari ini nak kongsikan sesuatu......PENTING!!!!....RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI TEMAN terutamanya buat GOLONGAN MUSLIMAH.....info ini di ambil kat FB, maybe ada yg dah pernah baca....tp tak pe bacalah sekali lagi...kita ini MANUSIA...MANUSIA itu perlu sentiasa diberi peringatan, jika tidak kita akan lalai......


Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Rahib Kristian=Tudung Wanita Moden


by Zameer Fisabilillah on Wednesday, September 29, 2010 at 9:46pm.






Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!!Moga selepas anda membacanya,bakal mengukuhkan jiwa anda supaya bertudung seperti Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w perkatakan BUKANNYA semata-mata berfokuskan kepada fesyen dan ingin menunjukkan bentuk tubuh anda kepada KHALAYAK RAMAI...Kepada sesiapa yang masih ingkar perintah ALLAH S.W.T mengenakan,mulakanlah langkah pertama anda KERANA sesungguhnya manusia pada hari ini lebih teruk berbanding apa yang berlaku pada zaman Jahiliyah dahulu...

(contoh ringkas:wanita di zaman Jahiliyah dulu,perempuan sudah tiada maruah dan menayangkan bentuk badan kepada semua LELAKI SEMATA-MATA INGIN MENARIK PERHATIAN....Benarkan,zaman Jahiliyah kembali mengungkap sejarah pada zaman KITA KETIKA INI???zaman Jahiliyah dulu anak perempuan akan ditanam hidup-hidup,TETAPI KINI tak kisah anak perempuan atau anak lelaki dibuang bertempiaran......)

Isu yang saya hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kaitkan disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Wanita Moden.

Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.

Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.


RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...

Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..

Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..

Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..

selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..

Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...


“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).



Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini... Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen


Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta

Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen.Bukan kerana ingin menutup aurat

Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan

Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..


p/s:Pada awalnya terasa berat hati hendak menceritakan hal ini memandangkan masyarakat wanita di persekitaran kita sudah pun mengamalkan cara berpakaian tudung rahib kristian.Boleh dikatakan,ramai perempuan yang memakai seperti gambar di atas.Tetapi jika tidak bongkarkan rahsia ini,kita pula akan ditanya di akhirat nanti,adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita iaitu SALING INGAT-MENGINGATI???

Namun setelah berfikir panjang,terasa memang patut kita dedahkan maklumat ini secara terbuka.

Firman Allah s.w.t,“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.” (Surah asy-Syu‘ara’: 214)

Sebagai saudara sesama Islam dan prihatin kepada sahabat-sahabat dan kaum hawa(takut anda bakal menerima azab yang pedih kelak), saya terdetik di hati untuk menyebarkan isu ini yang semakin hari semakin dipandang ringan dalam masyarakat hari ini.Kita sudah dikelirukan antara fesyen dan suruhan Allah s.w.t.

Anda perlu ingat,selepas anda membaca semua ini,terpulanglah kepada anda kerana anda sudah dikurniakan akal dan boleh berfikir.Saya tidak boleh memaksa anda apatah lagi menolong anda pada hari perhitungan kelak.Ingatlah,Allah s.w.t menciptakan manusia,maka sudah tentu Allah s.w.t tahu mana yang baik untuk manusia dan mana yang buruk untuk manusia.

Anda juga harus ingat serta pandang pada sudut positif,isu pemakaian tudung ini bukan saya yang suruh,TETAPI ALLAH s.w.t yang suruh..Kehadiran saya tidak lain tidak bukan hanyalah penyampai peringatan,SALAM PERINGATAN…..


Isnin, 20 September 2010

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

(sekadar perkongsian)

'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismilla hirrahmannirrahim'

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama
cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.
Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan
ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:
'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya
ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi.

Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah
sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah
pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad
satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita
sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul
Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara
Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang
dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan
bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat..

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya
itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama
dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu
padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di
sayap malaikat Jibrail a.s , Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s ,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s , Walam yakullahu kufuwan
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s .

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali
selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke
jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan.



Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini
kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku
walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya
3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.