Sahabat~~

Ahad, 30 Oktober 2011

Pink Sahabatku...

Assalammualaikum sahabat semua....


Kesibukan memang menjadi rutin dalam kehidupan mahasiswa. Kadang-kadang kesibukan juga menjadi alasan kepada kita untuk mengelak diri daripada sesuatu pekara.


Bila kita kesunyian mesti kita akan teringatkan sahabat yang paling rapat dengan kita. Ukhuwah sememangnya suatu pekara yang indah.


Sebenarnya coretan ni ditujukan khas buat sahabatku pink yang merangkap partner blog ni. Syukran kepada sahabatku yang fanatik pink ni sebab sudi jadi sahabat yang paling rapat diperantauan orang ni.


Pink sahabatku, rasa rindu la tiba-tiba walaupun kita tak duduk jauh tapi jarang jumpa. Awak tahu tak saya nak citer banyak benda kat awak. Tapi bila jumpa awak, saya jadi kelu dan cakap takde apa-apa, sebab dapat jumpa awak n tengok muka awak saya dah rasa puas hati. Kenapa tiba-tiba rasa sayu pulak,hehehe..


Saya mungkin bukan sahabat yang baik bagi awak, tapi bagi saya awak sahabat terbaik bagi saya. Maaf kalau sepanjang ukhuwah kita, saya ada buat awak terasa hati dengan saya. Saya bukanlah seorang yang mudah meluahkan perasaan, tapi bila ada masalah saya akan teringatkan awak, sebab awak buat saya jadi lebih kuat.


Pink sahabatku...lama rasanya tak borak2 macam dulu,masa muda2 dulu...hehehe...

Kadang-kadang saya rasa nak jer undur masa lepas. Tapi keaadaan sekarang dah tak sama dan kadang-kadang masa juga mengubah tingkahlaku seseorang. Maaf kalau saya dah berubah atau sama macam dulu2. Tapi satu je tak berubah, saya akan sentiasa tanya awak "ar u ok", hehehe...


Sahabatku pink, maaf la tiba-tiba je merapu kat blog ni..hehe..

Apa salahnya sekali-sekala pasal kita pulak kan, asyik pasal topik lain jer,hehe..kadang-kadang nak menyibuk kat blog ni jugak. @_______@


Pink, awak tahu tak awak ni ibarat bintang dilangit yang bersinar, hanya dapat dilihat dari jauh tapi tak dapat disentuh....begitu juga dengan perasaan, walaupun jauh dimata tapi awak tetap dekat kat hati saya.


Saya cuma nak cakap kat awak, terima kasih sebab sudi sabar dengan saya sepanjang ukhuwah kita, terima kasih sudi jadi sahabat saya, semoga ukhuwah kita kekal hingga ke akhirat. Amin ya Robbal Alamin...


P/s:terima kasih jugak rajin update blog ni,hehehe.. :P


Sabtu, 22 Oktober 2011

_Bersangka Baik_


Kita hendaklah sentiasa bersangka baik terhadap orang lain. Seperti pesan dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani :

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu :
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah dalam hatimu :
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu :
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah dalam hatimu :
“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah dalam hatimu :
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk

Khamis, 20 Oktober 2011

Murabbi Cinta, Seorang Nabi

“Kepalaku!” kata Aisyah.


Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan Aisyah radhiyallaahu ‘anha baru sahaja pulang daripada menziarahi perkuburan al-Baqi’ lewat malam tadi.


Kepala Aisyah sakit berdenyut-denyut.
Baginda menyedarinya.


“Bahkan kepalaku juga wahai Aisyah. Oh kepalaku!” kata Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.


Jika suami pening, tangan isteri yang memicit banyak mendatangkan rasa lega.
Jika isteri yang sakit, belaian seorang suami adalah penyembuh paling berharga.



Tetapi di malam itu kedua-duanya sakit. Kepala mereka berat.


“Janganlah engkau bersusah hati wahai Aisyah. Seandainya engkau mati sebelumku, nescaya aku akan menyempurnakan urusanmu. Aku akan mandikan dikau, kukafankan dirimu dan akan kudirikan solat buatmu serta engkau akan kukebumikan!!”, usik sang suami.


“Demi Allah, aku rasa kalau begitulah kisahnya pasti selepas itu engkau akan pulang ke rumahku dan berpesta gembira dengan isteri-isterimu yang masih hidup!” si isteri tersentak dengan gurauan sang suami.
Merajuk.


Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam ketawa.


Dalam sakit yang luar biasa itu, baginda masih suami yang hangat dengan mawaddah. Sakitnya tidak menjadikan beliau keluh kesah. Sempat pula mengusik isteri yang tidak tentu rasa.





SAKIT YANG BERTAMBAH

Malam itu berlalu dengan sakit yang tidak beransur kurang.Kesakitan itu memuncak semasa Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam memenuhi giliran Baginda di rumah isterinya, Maimunah radhiyallaahu ‘anha. Bukan sakit yang sembarangan. Ia sakit yang menjadi kemabukan sebuah kematian. Sakaraat al-Maut!



“Esok aku di mana? Esok aku di mana?” Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bertanya.



Dalam sakit yang bersangatan, Baginda masih ’sedar’ akan tanggungjawab dirinya berlaku adil kepada para isteri.



Itulah ukuran adil seorang mukmin terhadap isteri-isterinya. Mengusahakan segala tenaga yang berbaki untuk tidak memalit zalim dalam melunaskan amanah sebagai seorang suami. Tidak mengambil mudah hanya dengan alasan yang remeh temeh untuk melebihkan seorang isteri berbanding yang lain.



Itulah juga ukiran makna bagi sebuah Mawaddah. Cinta yang bertambah hasil kesungguhan mengatasi ujian dan musibah.



Namun di situlah terselitnya Rahmah. Sifat belas ihsan yang terbit daripada hati yang mengasihi.
“Izinkan aku berhenti bergilir dengan menetap di rumah Aisyah” Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam meminta izin daripada para isterinya.



Siapakah yang pernah membantah permintaan seorang Rasul. Namun Baginda tetap meminta izin kerana keizinan itu hakikatnya kekal bagian seorang isteri. Tiada isteri yang dipinggirkan. Hak masing-masing dihormati.


Andaikata seorang Rasul boleh meminta izin menahan giliran daripada isteri Baginda, bagaimana mungkin seorang suami menjadi angkuh mempertahankan haknya di hadapan isteri atau isteri-isterinya?

Murabbi cinta!

Sabtu, 8 Oktober 2011

Bisikan Malaikat & Syaitan Kepada Umat Manusia...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz


Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..


Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1... Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je.
.